Friday, June 29, 2007

Kanival TV3 dan Kementerian Pelajaran Malaysia

Guru-guru G.P.I bukan sahaja mengajar di sekolah sahaja tetapi berbakti dengan menjayakan program yang dirancang oleh pihak SSBJ.

Program Kanival KPM-TV3
Tempat :Dataran LRT Bukit Jalil
Masa :3:30 petang
Tarikh : 30 Jun 2007

Gotong Royong Perdana

Satu aktiviti menarik sepanjang minggu ini ialah gotong royong perdana yang diadakan:

Masa : 8.00 pagi
Tempat : SSBJ
Tarikh : 30 Jun 2007

Acara ini dijangka berlangsung serentak seluruh negara.

FORUM PERDANA SEMPENA HARI GURU SSBJ

Panatia Pendidikan Islam telah menganjurkan satu forum perdana bersempenaan hari guru 2007.

Tarikh :28/7/2007
Masa :8.00 Malam
Tempat : Surau Khalid Al Walid
Penceramah :Pensyarah KISDAR Selangor.
Tajuk :Guru sebagai Murabbi,masih relevenkah?

Wednesday, June 27, 2007

Lawatan akademik SSBJ ke Kelantan & Terengganu

Tarikh :22 hb Jun 2007
Masa bertolak :10:30 pagi

Seramai 3 orang guru G.P.I SSBJ telah mengikuti rombongan lawatan akademik ke Terengganu dan Kelantan.mereka ialah :
1) Ustaz Mohd Sham Khairul
2) Ustaz Muzaffar bin Malek
3) Ustaz Mior Badrul Razak



antara

a

Thursday, May 31, 2007

Ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua Encik saidin Bin Osman

Encik Saidin Bin Osman adalah merupakan pengetua yang kelima bagi SSBJ.Seorang yang berhikmah dan ikhlas dalam memimpin SSBJ.Pertukaran beliau amat besar bagi SSBJ namun tanggungjawab dan tugas beliau amat bermakna buat SSBJ.Jasa besar beliau adalah menstukturkan semula sektor akademik SSBJ ke tahap yang lebih baik.Panitia Pendidikan Islam SSBJ mengucapkan selamat maju jaya dan memohon maaf sekiranya tersalah kepada beliau dan mendoakan agar beliau dan keluarga sentiasa mendapat rahmat Allah.Sekolah baru beliau ialah SMK Rahman Talib di Bota Perak.Terima kasih tuan dan Budimu kami sanjung dan tidak kami disini lupakan.

Ceramah pilihan kali ini


Ceramah pilihan kali yang dipilih oleh staf dan guru ialah kerja adalah satu ibadah yang disampaikan oleh yang berbahagia Datuk Hasyim bin Yahya bekas mufti Wilayah Persekutuan.Beliau adalah pesonaliti yang tidak asing lagi dan pernah muncul dalam berbagai forum perdana.pendekatan beliau yang begitu bersederhana tetapi dalam maksud dan perinciannya.Beliau juga mengupas beberapa isu seperti :

1) masalah pegangan Al arqam

2)Ayah Pin

3)kerjaya guru

4)isu-isu rumah tangga

Fakta menarik sepanjang kuliah dan ceramah beliau ialah :
1) Beliau bersahaja tetapi lucu dan menyentuh kalbu
2) Peserta tidak mengantuk dan beri perhatian
3) beliau menjawab masalah rumah tangga dengan berhikmah dan secara seloroh
Semoga beliau sudi hadir untuk membantu panitia kita dan aktiviti keagamaan di SSBJ.

Peperiksaan akhir tahun.PMR.SPM


Panitia telah merangka beberapa strategi untuk persipan pelajar-pelajar untuk menduduki peperiksaan awam terutama PMR dan SPM nanti antaranya ialah :


1) Bengkel teknik menjawab bagi PMR dan SPM


2)Latih tubi/diagnosis/soalan terpenting/skop cakupan penting


3) Ceramah persiapan rohani masuk peperiksaan


4) Solat hajat PMR dan SPM


5) Majlis mohon restu